Macam mana Harga Minyak di tentukan - Sembang Kencang


Macam mana harga petrol dan diesel ditentukan oleh kerajaan?
Sekarang ni harga ditentukan setiap minggu dan ada diantara kita yang pening pikir apa mekanisma yang digunapakai.

Mari ler tengok Sembang Kencang Sahih episod ni untuk dapat gambaran lebih jelas tentang harga petrol dan diesel. Video di Bawah

sebelum itu mari kita lihat komen2 dari facebook dan sedikit bingkisan .. ada yang cadangkan risk harga minyak di tangung syarikat minyak lah dan macam2 lagi ..

Ariffuniza Koraini Baik..cuma kalau cadangan supaya risk harga minyak di tanggung oleh syarikat minyak..bukan pengusaha pam minyak.. pengusaha hanya ambik komisen jual jer..at maksimum 12 sen. .. jika pengusaha pam mau buat seles..boleh lah ia potong dari komisen...

Mat Kilau Penang Harga minyak diselaraskan sama tak kira dipedalaman atau bandar.... kt kodiang pun harga sama kt KL pun harga sama... apalah buat berbandingan tak masuk akai....

Kooko Krunch 1. Perbandingan tak kena, harga berlainan ka di kl and pendalaman skrg ni?
2. Spin cerita ttg kerugian pengusaha bila harga turun, bila harga naik tak cerita pun tadi. Sepatutnya, what ever value, make it 12 sen ja la untung. Naik ka turun.

Harga minyak turun-naik, KPDNKK bantu ringankan beban pengusaha

Pada 8 jun yang lalu Kerajaan akan memperkenalkan langkah sesuai untuk membantu meringankan beban pengusaha stesen minyak yang menghadapi trend penurunan harga petrol dan diesel, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata pengumuman berhubung usaha kementerian itu akan dilakukan selepas beliau mengadakan pertemuan dengan syarikat minyak minggu depan.

“Rakyat sangat gembira kerana harga bahan api turun hampir setiap minggu, tiada rungutan daripada mereka tetapi sebaliknya, pengusaha minyak telah mengalami kerugian,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis berbuka puasa di kementerian beliau semalam.

“Apabila harga minyak turun, apa jua stok yang mereka ada, pengusaha terpaksa jual walaupun harga itu berdasarkan harga minggu lepas.

“Jadi kami terpaksa membuat perkiraan, jadi saya akan mengadakan perbincangan dengan syarikat minyak minggu depan,” katanya.

Hamzah berkata masalah itu turut dibangkitkan kepada Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan beberapa strategi akan dilaksanakan untuk membantu pengusaha minyak.

Harga runcit mingguan petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 5 dan 7 sen, manakala diesel turun 8 sen bermula 12.01 tengah malam ini.

Dengan penurunan itu, harga runcit baharu RON95 adalah RM2.05 seliter, harga baharu RON97 ialah RM2.31 dan harga jualan diesel pula RM1.94 seliter.

Harga bahan api itu adalah bagi tempoh 8 Jun hingga 14 Jun 2017 berdasarkan penetapan kaedah mingguan setiap Rabu dikuatkuasakan oleh kerajaan berbanding secara bulanan sebelum ini. — Bernama

jom lihat VIDEO penerangan dari Sembang Kencang bawah ini




Comments

  1. cukup jelas dan terang .. tapi aku rasa mesti ramai x fhm lagi ni kan kan kan ??

    ReplyDelete
  2. Harap banyak lagi harga yg turun

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

FAKE NEWS dari Parti Tindakkan Demokratik (DAP)

US stocks opened high