Video-30 tahun Almarhum Sultan Johor meningal dunia dan dituduh membunuh akhirnya ??


Keluarga Prebet Adam mohon maaf

"Saya minta maaf kepada keluarga Diraja Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kerana terpalit dengan fitnah yang membabitkan abang saya, Prebet Adam".

Demikian luahan adik Prebet Adam, Hawa Jaafar, 53, yang menafikan adiknya dibunuh oleh Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail semasa berkhidmat sebagai 'caddy' golf kepada Almarhum.

Beliau berkata, mereka sekeluarga terpaksa menahan malu dan marah selama 30 tahun, kerana tidak dapat menjelaskan perkara sebenar kepada masyarakat dan pihak berkuasa.

"Adam mengamuk di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada tahun 1987 kerana masalah di tempat kerja dan bukannya kerana adik kami dibunuh Almarhum Sultan.

"Semua adik beradik kami masih hidup, hanya seorang sahaja yang sudah meninggal dunia pada tahun 1975 kerana kejadian kebakaran di rumah," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir, dua lagi adik Adam iaitu Arina Jaafar dan Arman Jaafar. Adam adalah anak sulung daripada sembilan beradik.

Mengulas lanjut, Hawa yang juga anak kedua daripada sembilan beradik berkata, mereka sekeluarga tidak pernah mengenali seorang pun keluarga kerabat Diraja Johor.

Malah katanya, mereka sekeluarga turut difitnah menerima wang sogokan sebanyak RM10,000 sebulan bagi menafikan perkara terbabit.






"Lihatlah kediaman saya, kami cuma orang biasa. Kami tidak pernah terima sesen pun duit daripada mana-mana pihak untuk nafikan hal ini," katanya yang tinggal di Pangsapuri Taman Desaria Sri Merpati, di sini, hari ini.

Kejadian amuk Prebet Adam di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pernah menggemparkan negara pada 1987 dan mengakibatkan seorang lelaki terbunuh akibat terkena tembakan rambang. sumber bharian HMetro english version New Straits Time



Manakala di Facebook kita boleh lihat antara komen ada yang dengan nada yang jenaka mengata itu najib bukan mahathir dan ada komen yang mengatakan Cerita lama terungkap kembali..rakyat semua cerita itu benar...meday (mungkin dia maksudkan Mahathir) atok tanggung lah dosa fitnah itu.seperti gambar di bawah dari Facebook Teja Jauhar








Comments

Popular posts from this blog

Auto Share Posting Blog Into Various Social Media

NASA hiring Planetary Protection Officer to protect Earth from alien harm !