Yusuf Azmi Keluar PPIM kerana FITNAH !!
Yusuf Azmi Keluar PPIM Kuala Lumpur 27 Mac - “Saya kadang-kadang pelik dengan masyarakat diluar sana, adakah berjuang ini perlu menjadi seorang malaikat yang paling baik,” soal Pengerusi Biro Undang-undang PPIM, Hishamuddin Hashim selepas pengumuman mengejut Yusuf Azmi meninggalkan PPIM yang dibuat petang ini. Sidang media ini diadakan bagi menjawab seribu satu persoalan dan pertanyaan masyarakat pengguna dan masyarakat Malaysia berkaitan status sebenar Yusuf Azmi di dalam Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas berlakunya beberapa insiden baru-baru ini. Yusuf Azmi dikenali dengan watak keberanian dan pemegang panji perjuangan PPIM merupakan Pengarah Unit Tindakan Khas (UTK) PPIM selama kurang lebih 4 tahun perkhidmatannya di dalam PPIM memilih haluannya sendiri selepas lebih 3 minggu mendiamkan diri. “Saya mohon maaf kepada semua yang bersama dengan PPIM, rakan-rakan perjuangan, sahabat-sahabat. Saya berharapkan kalau ada salah silap didalam persatuan, saya min...